January 20, 2012

Nukilan Sahabat Baru


Sat, Jan 21 / 0139am

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalahpasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanitaitu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintahAllah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jikatidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalarapabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorangperempuan boleh dihayati oleh seorang lelakidengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorangperempuan, maka perkara pertama yang akandilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara olehseorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, makamata lelaki itu akan turun ke bawah melihatbentuk lehernya,maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagimelihat bentuk payu daranya,maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentukpayu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akanturun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampakbentuk pinggangnya,maka mata lelaki itu akan melihat

pula akanbentuk punggungnya,maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannyaagar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,maka janganlah sesekali wanita itu memakai kainyang agak ketat sehingga terlihat bentukpehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akanbentuk kakinya pula
maka janganlah wanita itu berseluar, keranaterus-terang pihak lelaki bercakap,

walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,jika beliau memakai seluar,walau nampak besarsedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secarasepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampakakan bentuk kakinya,maka akan dilihatlah

pula akan mata lelaki itukepada kakinya,maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelakiitu tidak berdosa,
menutup kakinya denganmelabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanyajangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,akan melihat pulabentuk tangan wanita itu,maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkantudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,janganlah pula kamu melihat mukanya,kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jikakamu wahai lelaki, ingin meminangnya.Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yangcantik akan menimbulkan fitnah,maka berpurdahlah kamu,jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenispenyakit,iaitu matalelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jikaia terlihat warna yang menyerlah atau terangjika ianya berada pada perempuan.Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah janganmemakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahuapakah dia mata lelaki itu, dan perludiingatkan, jika semua aurat telah ditutup,jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah

pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing,jangan keluar seorang2,keluarlah denganmahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agartidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pulajanganlah menjalar langsung kepada muslimah,walau muslimah itu telah menutup aurat,insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,“Dan tundukkanlah pandanganmudan jagalah kemaluanmu”.Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudungmasih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaumlelaki, mata kamu itu wajib untuk tidakmencuri2 melihat wanita muslimah, kerana iadilarangi oleh Allah SWT.Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


xoxo, L

No comments: