April 30, 2012

April [4]

Assalamualaikum. Again. Penat dah baca ? Baca sampai lebam. Sampai muntah. Sampai muak. Sampai penat. Sampai tidur. Sampai korang pangkah tab ni. Hahh.. sampai semua nya lah ! Penat taip dah ni. Tapi gagah kan jugak. Almaklumlah da tak sempat sangat nak hupdate belog before this.

Di sambung kan cerita kat bawah ni. Yes, lya belanja F crispy. Haha ! Muka nak comel je. Konon-konon malu dapat crispy. Dah asyik tak nak sangat. Lya terus simpan dalam beg dia. Hamek ! Selongkar beg orang ye ?! Whoopppps ! Bukak zip terus letak eh. Tak ada makna nya nak selongkar bagai. Macam la dia boyfie aku. Oh peliz ~

Mula nya lya ingat time dia nak balik baru dia perasan crispy tu ada dalam beg. Tapi tak. Sebab nya time WN datang nak ambil motor, dia bukak beg ambil kunci. Memang cuak gila dah. Lya pun pandang la tempat lain. Tapi yana cakap, dia senyum je time bukak beg dia. Kira tak cakap sepatah pun la. Almaklumlah WN ada depan mata. Plus, macam lya bagitau tadi, dorang ingat WN tu boyfie lya sebab cara ktorang macam couple.

Adoy~ memang gelak guling-guling jela lya pun. Ikut otak, layan kan saja. Ikut hati, malas nak cakap banyak. Asal tau status sudah. ye dak ? Ahaks~ then around 3pm, lya keluar p tengok movie. Time dah on the nak pegi tengok movie tu baru la si F ni mesej la. Puncanya, crispy. Haha !

Dia bengang sebab ada crispy dalam beg dia. Tapi kalau dia cakap nanti, nanti, nanti dan nanti. Sampai sudah dia tak ambil. Kira no choice gila la time tu. Konon tak nak, tapi cakap nak makan esok. Haha ! Siap cakap nak cubit lya bagai. Hikhik. Dia siap tanya lagi mana dapat no dia. Eherm. Ni lya laaa. For sure la mintak orang ! Mana reti nak godek-godek bagai cari no fon orang.

Pungpang dalam mesej, timbul pulak pasal WN. Adoy ~ tak ada nama orang lain ka nak cerita ? Penat la cerita berkait dengan dia tuhh.. Ergh ~ Sebab nya, dengan penuh confident dia cakap, "ingat kan lya memang couple dengan WN. sebab korang asek borak je manjang." Hoi ! borak pun tak leh ka ? Adoy ~ patut pun dorang dok nyakat lya dengan WN ni.

Memang speechless gila time F bagitaw oh. Macam nak maki hamun sumpah seranah je. Hahh.. kan da kena. Tapi bukan directly la. Monolog dalaman je yang mampu. Rasa macam nak baling hp pun ada. Tapi tak jumpa tempat yang soft-soft. Plus, sayang gila kot hp ni !! Dah setahun setengah stick dengan hp ni. Nak kata paling lama, tak jugak la. *lari tajuk Dengg~

Oh ya ! F ni sangat kerek. Serious. Ada ke dia cakap suruh lya pegi makan banyak sebab lya kurus. Siap kena jaga penampilan. Hello ! Kau pun kurus kot ! Siap nak perli ada orang paksa lya makan. Adoy ~ sape je la nak paksa lya makan. Lya lapar, lya makan la. Jaga penampilan ? Err.. kalau dah makan banyak pun badan still juga maintain caner ? Bukan nya boleh main transfer-transfer lemak nak bagi gemok. Haha !

Btw F, perempuan cute macam saya memang tak ada bf. Pegang hp ke hulu hilir tak bermakna ada bf. Wah cute gitu. Eherm ! Ni F sendiri yang cakap ok ? Saya cute ! Woahhh ~ rare gila la. Mata dia sparrow mungkin ? Ish, tak baik pulak. Tapi memang rare gila. Sebab nya orang yang baru kenal ni cakap ikut sedap mulut dia ja. Haha ! If dia, ikhlas, I'm going to say, "thnx ye awak." If dia takat nak perli, "ye saya tau saya tak cantik macam awek awak." Haha !

*less than 30minutes till end of April

xoxo, L

April [3]

Assalamualaikum. Hey we meet again. Ahaks~ Mesti ada yang sakit hati je sebab blog update nampak link lya je kan ? Tapi kan.. lya peduli apa. Haha ! Hari ni adalah hari meng-hupdate belog bagi lya. 

Haa.. ni lagi satu hal. Member-member tempat kerja tu asyik dok sakat lya dengan WN je. Padahal lya dengan WN tak ada apa-apa kot ! Kami hanya kawan. Maafkan saya. *tiru zizan Ahaks~ Yang si WN ni pun satu hal jugak, asal dorang kenen-kenen kan lya dengan F, nak buat muka. Siap nak perli terok bagai. 

Dah dia macam tu, lagi la lya pun buat perangai layan kan aje yang dorang cakap kan tu. Lantak pi lah ! Lya peduli apa ? Lya bukan girlfriend dia pun. And everytime dia buat gila dengan dorang semua, mula la nak touching-touching bagai. Tak nak cakap la konon nya. Tapi tengah malam call jugak. Ahaks !~

And everytime tanya, dia cakap tak ada apa-apa. Then apa motif la nak touching bagai ? Arhh, lantak kan saja lah kan ? The latest, semalam punya kes. Oh, F pun kerja pagi. Kesian oh ! Dia baru je nak amek aircond. Almaklumlah, panas kot kat luar ! Plus, sebab ada event kat sini. 

Event apa ? CupPrix laa. Dah la buat kat stadium utama. Yes, sangat dekat eh. Boleh dengar lagi dorang bunyi motor bagai. Bising tak yah cakap la. Oleh kerana ada event tu, maka banyak la geng-geng konvoi. Ada Yamaha dengan Marshall pun kot. Tapi geng Yamaha tu sekali datang sampai 60buah motor. Eherm ! Harus lah cuci mata ! Haha !

Second group je memang kelam kabut sangat. Although dorang nak lepak satt ja. Tapi ada la jugak yang beli barang. Bila dah tak ramai yang beli barang, lya pun duduk la kat meja incharge. Sambil birubiru. Maybe sapa yang online time tu, nampak la kot lya hupdate nama hafeez. Hafeez ni budak marshall. Uih, mata dia cantik woo ! Tapi tak secantik mata si terengganu la for sure. Ahaks~

Dia pun dok usha gak time tu. Haha ! Memang pakat dok lawan nyakat lya dengan yana. Mana tak nya, dia tak leh usha sebab boyfie dia ada depan mata. Sorry la. Lya cuci mata sorang je la. Hikhik. Geng Marshall ni kurang sikit la dari geng Yamaha. Tapi dengan dorang ni la yang tak cukup tangan. Tapi leader dia sangat sporting ! Sebab nya lya ada la juga tanya pasal group ni. 

Bila dah habis borak semua, ktorang siap high five lagi ! Layan kan jela kan. Lya pun dah cukup hyper time ni. Haa, time geng ni nak pergi stadium dah, F pun masuk la. Ok, jauh menyimpang kan ? Haha ! Lantak kan saja. Baru 5minit lya rasa dia masuk, dapat call dari big boss. Sebab ada orang report tak ada orang jaga kat luar.

Ish, time tu macam nak hempuk-hempuk je sapa yang buat report tu ! Oii ! dia baru masuk kot ! Peluh pun baru nak hilang ! Grr ~ tapi lya diam kan je la. Sebab F kena marah. Muka dia pun masam je. Lya tegur dia pun dia cakap je dia ok. Tapi sebenar nya dia tak ok. Ketara gila ! Then dia belanja dia crispy. Takpa, murah ja. Mana mampu nak belanja mahal-mahal. Dok Perth la katakan. Ahaks~

*will continue next.

xoxo, L

April [2]

Assalamualaikum. Sambung ke part 2 sebab part 1 tadi dah panjang jela sangat. Mesti yang baca pun bosan tahap kutu. Ahaks~

Korang pun taw lya kena kerja malam kan ? The next day pun lya kena kerja malam jugak. Sebab ada sorang tu demam. Lya pun cover jela. Buat yang mana patut. Agak-agak lasak tu, suh orang lain. Kalau dulu boleh la nak buat lasak-lasak. Sekarang susah sikit. *mukacomel Ahaks ~ 

Bila dah kerja malam tu, pun sama jugak ! Lya yang kena stay up buat kerja. Adoy~ boleh pulak lepas handle semua kerja, budak tu tidur. Sabar je la ! Opss, lya cakap budak sebab dia baru dapat result SPM hari tu. Eherm ! *mukaberlagak Haha! Again, pukul 5pagi lya balik rumah, tidur ! Siap ada orang nak tumpangkan lya time tu. Almaklumlah, pagi buta kot ! Memang tak pernah di buat orang la kan ?

Tapi tak terus tidur pun. Check result. Maka wujud lah entry down nih. Terus call mama ouh time ni ! Pagi tak pagi. Nak mengadu punya pasal. Eh, suka hati lya la nak call mama pagi-pagi buta pun. Tak menyusahkan kau kan ? Siapa tak sayang mama ? Gila ~

Lepas cakap ngan mama je, terus tidur. Memang down gila ouh. Bangun pun pukul 10-11. Yes, tidur 4jam lagi. Within 48hours, tidur 8jam !! Jangan buat gila. Bukan nya study pun sekarang ni. Haa.. siapa ingat kerja subs orang ni senang ? Meh tukar dengan lya. Kerja pun oncall kot ! Confirm korang angkat kaki. Ahaks~

Oh, budak ni nama wan. Ohho ! Dia freak gila ! Sangat suka cari attention ! Dah la lya dengan dia je yang kerja, tapi suara dia.. nak bagi orang luar pun dengar rasanya. Serious! Bila lya dok ralit dengan 'word search' lya, ada je something yang dia nak cerita. Ntah pasal apa pun lya tak tau sangat. Tapi ada la jugak dia tanya pasal nak further study. For sure la recommend kan  UiTM. Sebab IPTS kan mahal. 

So lya layan dia takat yang termampu je la. Sebab orang kalau jenis macam ni, ada niat. Baik tak baik, belakang kira. Janji elak kan dulu. Yes, manusia sekarang banyak jenis dan ragam. Sama la macam lya pun. Semua orang tak lari dari pelbagai jenis dan ragam ni kan. Accept the way they are as they accept the way you are. Wah gituu ~ Ahaks!

*lets meet up next. part 3 will come right away !

xoxo, L

April 29, 2012

April [1]

Assalamualaikum and hello everyone. Hows your life ? Ok, I don't even know why I make this entry. Ahaks ~ Ok, as you all know, today was the last day of April 2012. Fuhh fuhh.. Idea please come to here.

Back to basic ! 
Oleh kerana hari ni last day of April, ada banyak yang lya nak bagitau. Since lya kerja la lagi. Everything la senang cerita. Tapi tak tau nak mula caner. Hewhew ~

As you all know, again ! *sigh since lya kerja ni. Banyak incident yang jadi. Ye la, lya kerja nak tolong orang and atas permintaan. So, kerja jela. Tapi bukan la banyak sangat kerja yang lya buat. Tolong subs orang je. Tengok-tengok kan workers yang ada. Itu sahaja ! 

Senang ? Ergh, tak jugak. Kadang-kadang sampai tak sempat makan. Memang redha dan redah je la. Lagi pun memang lya tak pernah makan ikut time pun. Bila dah pergi makan, Tak pernah nak habis. Time nak lapar gila tu la baru makan benda mengarut sampai penuh perut. Memang kesian gila life macam ni. Ahaks ~

Fist day masuk kerja dah kena buat manual. Time memang tak tau nak buat apa. Dok tengok je orang. Customers pun tak banyak sangat. Relax la konon nya. Sebab datang pun pukul 4 then balik kul 6. Best gila ! Selamat la ada uncle. Kalau tak memang mati kutu la dok situ. Tak tau nak buat apa. WN pun ada jugak. Time tu masing-masing diam. 

Tapi diam-diam pun kena gak sakat dengan dorang. Sebab mula-mula datang je ktorang bisu. Lepas tu baru jadi murai tercabut ekor. Dah la maintenance pula datang lambat. Panas lagi. Tak cukup dengan tu, abah pula suruh naik kereta lama dia. Pergh ! Berpeluh tak yah cakap la. Haha !

Then baru few days dok kerja, dah kena pula kerja malam. Ha, kes yang lya dok sentap sakan dengan WN tu la. Dah la baru tidur 4jam je ! Kerja malam pulak satu hal. Berdebat lagi. Sakan gila la time tu. Tapi lya tak stay sampai habis shift la. Around 5am lya balik rumah tidur. Memang puas hati gila. 

Pukul 8pagi pula bangun. Around 9-10am pergi kerja. Ngengg ~ mata rabak teruk ! Memang tak boleh cover langsung ! Memang buat bodoh jela. Kena pula time tu F masuk kerja sat. Mau lagi teruk. Lya dok buli dia je manjang. Mana tak nya, karok sakan kot dia ! Depan customers pun dia selamba badak sumbu je nyanyi. 

Tapi memang salute gila la kat dia ! Hati kering gila. Plus, dia bukan social sangat dengan perempuan. Yes, memang teruk sangat dia kena sakat dengan lya. Bengang habis ! Time dia nak buat gila dengan lya, lya balas balik. Terus surrender. Ahaks~ sebab perangai lya ni kan gila-gila sikit. Belum tambah lagi time lya jadi hyper. Hahh, time tu tak yah cakap la. Girls lya sendiri tak dapat nak control. Siap boleh join lagi !

*will continue ~

xoxo, L

21st Birthday

Wed, 30Apr

Assalamualaikum ! Wooppppss.. Before that, today is not my birthday. It was two weeks ago I guess. I didn't uptade it on the time like last year. Sebab nya tunggu gambar dari member. Actually, da dapat lama dah, cuma tak update lagi sebab malas. Unacceptable reason right ? Padahal lately ada je post entry. Just enjoy those picture peeps !

Normal sign if we are taking a picture right ? We are on our way to celebrate my birthday. Oh, majority vote, ktorang naik public transport. Feel young sebab zaman sekolah nak keluar naik LRT. Haha!
Oleh kerana tak jadi tengok movie sebab que panjang yang amat plus seat yang tinggal kat depan je, ktorang decide untuk main bowling je. Cer tengok player selebah ktorang, Jessie J tu. Jangan main-main. Hihi.
Seperti biasa, photography session itu harus bagi kami. Lya upload yang ada muka lya je. Again, tak ley nak upload yang ta penting due to haters. Kacau betul. Tapi lya tade gambar dengan BFF lya lagi sorang. Sedih je. Or maybe dalam cammy dia kot. 
So, ni result first game ktorang. Haa.. lopek gila en ? Semua below 100. Hebat tak hebat lah ktorang.
Ni pulak second game. Semua dah layak dapat gelaran Ratu Longkang da ni. Gara-gara lapar, main pun macam apa. Tapi tak kesah pun. Sebab lya dah menang first game !!  
After habis dua game, ktorang pergi makan. Yes, sebab perut masing-masing dah berkeroncong untuk ana siap ghazal untuk rabiah lagi. Hamek ! ntah berapa banyak lya makan kerepek hari ni pun lya tak tau. Then lya nampak ni. Hehe. Cammy SHJ jadi mangsa sebab phone lya da habis batry. And again, POSE !
  
Niat hati nak pose lagi. Tapi ada mamat mana ntah nak join sekali, terus jalan. Dah penat pusing-pusing terus balik. Tapi lya, SH dengan AS tak terus balik pun. Ktorang sambung lepak sampai tengah malam. Memang ohsem gila la. 12jam keluar time tu. Ktorang pergi tengok movie kat mall yang paling dekat dengan rumah. And for sure la WangsaWalk kan ? Haha !

Niat hati nak tengok battleship time tu, tapi semua dah habis plus lewat sangat. End up tengok cerita 'Mirror Mirror'. Alaa, cerita pasal SnowWhite tu. Serious best gila ! Ok, basi ~ cerita tu pun dah lama habis. Sebab limited time. Overall, lya sayang sangat kat korang ! Thanks cause spending your precious time with me girls ! Love you all till my last breath !


p/s: sorry for the late hupdate of my birthday celebration.


xoxo,L

April 26, 2012

Not In Good Mood

Assalamualaikum. Ok, tak ada mood gila nak hupdate belog. Tapi gagahkan jugak la. Bukan nak sambung cerita pasal previous entry kat bawah ni. Tapi sekarang. Lya baru balik kerja. On lappy dengan segera macam mi segera maggi tu. Terus click tab mailing. Tengok result dengan penuh semangat. Sangkut satu paper. Costing. Meraban. Nak tidur puas-puas. Have a nice day peeps. 

xoxo, L

From Zero until Tired


Assalamualaikum. Err.. niat hati nak ber-blogging. Tapi macam dah tak ada idea pulak. Konon nya nak cerita pasal kes kerja malam. For the first time kena kerja malam. Mata rabak gila hari ni. Tepek dengan make-up yang tebal macam mana korang buat sekali pun, tetap gak nampak rabak ! 

Semua nya sebab kes cari kunci kereta tak jumpa. Adoi ~ kata dalam laci, tapi dah selongkar gila terok bersepah sakan pun tak jugak jumpa ! Alih-alih kunci tu ada dalam kereta. Memang sangat sayang kereta orang yang letak kunci dalam tu. Yang orang tu pulak satu hal. Awat ntah yang dia mai datang ambil kereta tu malam-malam ? Grrr..

Dah balik cari kunci, kena pulak handle delivery. Mak aih.. kelam kabut lagi sekali cari credit card. Dah la time tu nak tukar shift kerja. Nak buat itu. Nak buat ini. Nak kira itu. Nak kira ini. Cari itu. Cari ini. Customers lagi. Paling tak boleh terima, kes menyakat terok. Adoy ! Dari nak buat satu kerja, terus tunggang langgang. 

Mana tak nya, WN kerja malam. Time dia kat luar lagi semua orang dok cakap, "Haa.. sampai dah, sampai dah.. Lya, boyfriend lya mai." Herk ? He's not my boyfriend weh ! Dalam dok lari dari kena bahan dengan dorang, time tu juga la dia pun nak tanya macam-macam. Grr ! "Awak buat apa kat sini?" "Awak datang dengan siapa?" "Awak kerja malam ke?" "Lya, awak.. awak.. awak.. oi dengar tak ni?" 

Awak, boleh tak jangan tanya macam-macam ? Awak tau tak, setiap kali awak panggil saya, mula la dorang pandang-pandang senyum-senyum. Awak panggil "Lya" pun, dorang boleh cakap awak panggil saya "Sayang" . Apakes ? Memang la suka-suka je. Tapi semak la. Yang tak ada, di ada-ada kan. Tu belum lagi kalau dorang nampak lya keluar makan dengan awak. Ish.

Then dah habis bersoal jawab bagai dengan dia. Selagi tak jawab, selagi tu dok panggil tak sudah. Delivery pun dah settle. End up around 12.30am lya balik dengan uncle. Niat hati nak sambung tengok movie. Tapi dapat call dari big boss. Hamek kau ! Tak pasal je jadi lipas kaki pendek sebab nak bersiap lagi. Selamat ada orang datang ambil. Kalau tak memang berpeluh sakan lya sampai tempat kerja. Haha !

Dah la kena kerja malam. Buku 'word search' tu pun tak bawak sebab da kelam kelibut menyibut bagai. Memang bosan ! Big boss balik je, "Awak, awak pergi la tidur dulu." Dah boleh agak la kan sape ? Bagus. Serious tak larat oh kerja malam. Last kerja malam rasanya time balik cuti mid-term hari tu. Time tu la first time lya kerja dengan WN. Denggg~

Nak pendek kan cerita yang banyak peranggan menaip penulisan ni, sepanjang dok berkemas bagai, memang banyak kali sentap dengan WN. Oh ! kami tak bekerja berdua saja ye ! Bertiga. Tapi lagi sorang tu settle luar kedai. Bila dah berdua dalam kedai bersama CCTV sekali, *jangan risau ye ! then time tu la si gedik tu nak suruh pasang lagu kat hp dia. Sebab nya lya paling dekat dengan hp dia. Bila dah pasang lagu 'Tentang Perasaanku' tu pandai pulak nak complain suruh pasang lagu lain. Demand pula tu suruh pasang playlist 'Layan jee'.. Meh nak list kan lagu yang lya ingat..

going to continue next entry. kena kerja malam. awesome kan ?

April 24, 2012

s e r a b u t ! !

Tues, 24 Apr / 2013pm

Assalamualaikum. Lya malas nak cakap banyak. Nak type panjang-panjang. Lya pun tak tau kenapa tiba-tiba lya serabut sekarang. Padahal dari pagi tadi okay je. Eii, rasa sakit hati pulak minta tolong dia pergi beli kan makanan untuk dua orang dalam rumah ni. Sebab nya, dorang dari pagi sampai sekarang tak makan-makan lagi. Dok bantai maggi dengan mushroom soup je manjang. Oh, lya bertiga sekarang. Sekarang la. Padahal ada lima orang. Lagi dua orang pergi kerja. Tak balik balik lagi. 

Tolak tepi pasal tu satt sebab yang tu tak ada kaitan pun. Ni dok serabut sebab tadi lya minta tolong WN beli makan la ! Orang cakap elok-elok kot. And dia pun cakap cam biasa je. Pastu ntah kat nama lya cakap, tiba-tiba je dia naik angin. Nak marah-marah bagai. Memang bikin hati panas la. Or maybe lya yang tiba-tiba terasa lebih, lya pun tak tau. Tapi serius ! tak suka oh jadi camtu. 

At the end, lya just cakap kat dia, tak yah beli, then terus hang up. Puas hati plus sakit hati. Then gagau phone cari mana-mana member yang boleh tolong beli. Tak sempat call sape-sape, dia call balik tanya nak beli makan apa sebab dah ontheway. Hamek ! nak tak nak kena jugak la bagi tau walaupun dah cakap banyak kali kat dia "tak payah". Susah betul kalau orang yang degil ni kan ? Sama spesis dengan aku, DEGIL . 

Serabut sebab benda tak masuk akal. Campur pulak dengan call list yang lya nampak. Campur lagi dengan perangai yang concern terlebih tu. Campur caring melampui. Campur si annoying. Campur pelbagai ragam. Hahh.. memang suka serabutkan kepala otak ni. Aigoo !~
Dengan ini di sah kan, saya sudah kembali normal. Dah habis luah dah. Konon tak nak panjang-panjang. Hamek ! 


p/s : typing and singing at the same time can make you become typo


xoxo, L

April 22, 2012

Senyum Sampai Telinga

Sun, 2340 / 22April

Assalamualaikum and Hello everyone. Ok, hari ni lya kena bangun awal sebabnya kena kerja. Tapi pergi lambat. Perkara biasa. Malas nak pergi awal sebab balik pun tetap jugak lambat. Sampai je tengok ada sorang je yang ada. Lagi sorang datang lewat sikit sebab dia kena kerja 2shift. Ganti cuti katanya. Ntah la. Lya taktau sangat. 

Oh ya ! Hari ni mama balik dari umrah ! Yes yes ! Happy nyaaa ! Alhamdulillah. Semuanya selamat sampai petang tadi. Uncles, Aunties and cousin pun sihat. Tapi yang sedih nya, lya tak dapat join kakak pergi airport tadi. So, redha je la. Pssttt, mama.. ole-ole ? hikhik *sempat lagi !

Ok, bila lya da dok melangut kat sana, tak tau nak buat apa juga. Then lya ambil buku 'word search' yang tebal macam buku teks tu. Dari pagi, sampai da nak balik rumah pun buat tu je. Serious bosan sangat. Oh ! Pagi tadi lya kerja dengan WN. Lupa pula nak mention. Opss ! Nama kat blog lya ni dah terlalu sensetive. Satgi kot ada yang google search pula. Al-maklumlah, nak tau lya kawan dengan sapa. Susah ! Semua benda nak tau. 

Ha, dok sana asyik kena buli je ! Lya cakap apa semua kena bahan. Memang redha je la. Tapi tak lama lepas tu lya pula buli WN. Perkara paling baik laa.. lain kali buli lya lagi ye ? Bila lya dok kusyuk dengan 'word search' , WN asyik panggil je manjang. Kejap-kejap, "Awak" "Awak" "Awak" . Ergh, rimas gak la. Tapi faham sangat kenapa. Sunyi kot ! Then lya suruh dia ambil handphone dia yang hebat tu, pasang lagu. 

Tak payah korang nak tanya dia pasang lagu apa bila lya suruh. Haruslah lagu 'Pelengkap Hidupku' tu ! Memang terdiam. Again ! Bila lya suruh dia pasang lagu lain, dia terus bagi handphone dia. Sengal wannabee betul mamat tu. At the end, ambil juga handphone dia, duk kat belakang, dengar juga lagu tu sampai habis. Puas hati masing-masing.

Lya ada tanya dia directly kenapa suruh lya dengar. Haaa.. live punya ! "sebab lya special." Huhh, tak boleh blah betul jawapan dia. terus lya cakap, "Eleh, yela tu. Lya perempuan ke berapa dapat lagu ni?", WN, "Serious, lya sorang je." *gulp! nak cover punya pasal, tukar topik cakap pasal kerja. 

So, dari satu lagu, ke satu lagu. Then lya pilih lagu 'Tentang Perasaanku' . Hahaha ! Terus terdiam berjuta bahasa dia ! Sebabnya tu lagu dia dengan exie dia ! Lya suruh dia nyanyi kuat-kuat pun dia taknak. Padahal time lya pasang lagu lain, nak pula memekak bagai. Best part is, dia sendiri tak ingat dia pernah cerita kat lya pasal lagu tu dia bagi kat exie dia. 

Almost midday, lya ada tanya pasal ring lya yang ada kat dia. Saja la gedik-gedik cakap lya nak balik. Rindu. Boleh pulak dia cakap da hilang. Hancur musnah punah la harapan nak tengok balik. Nak cari macam tu memang tak ada dah. Sebab last lya pergi kedai tu, sold out. Nak buat apa lagi ? Dah la saiz pun susah nak dapat sebab kecik. Memang buat dunno je dengan dia lepas tu. Cakap macam tak ada apa-apa.

love around my finger
Lepas dia habis kerja, dia datang balik then dia bagi kat lya. Bila dia nak bagi tu lya cakap la yang lya main-main je. Tak serius pun nak balik. Terus di sarung nya kat jari lya. Adoy mak aiii.. terkejut anak cipanzi baru beranak juga la ! Directly kat jari manis kot ! Tangan kanan ! Haa.. nak cakap apa lagi ?? Dah la bila sarungkan ring tu, terus keluar. Berkejar juga la. Tak payah nak imagine bollywood sangat la eh. Yang korang tengok kat atas tu la ring lya. Sayang sangat dengan ring ni. 

Tak cukup dengan tu, lya kena perli BAIK punya dari budak yang kerja semalam. Dia cakap "patut lah happy semacam. ada orang teman kerja." Err.. lya yang tengah layan customer pun dengar kot ! Clear gila. Second time kena dengan budak shift petang. Time WN nak bagi ring lya tu, "Haa.. tudia tak puas kerja sama dia datang lagi. Lya, WN datang nak jumpa lya." Uihh.. dari panas terus macam berangin je. Macam-macam dorang ni. Grr ~

Too many thins happen today. And there's a lot of new things a have to learn. Which is, from the basic. I forgot what I've learn. It keep changing from time to time. Till we meet again fellow ~

p/s: tadi chatting dengan mama, mama cakap mama sihat. plus, mama cakap ada ole-ole dari Mekah untuk lya. tak sabar pula nak balik rumah :)

--> Just finish talking to WN. Ada ke patut dia cakap dia nak balik ring lya if lya dah habis cuti sem. Ingatkan nak bagi terus. Dia cakap dia bagi sebab nak lya lepas rindu kat ring lya tu je. Plus ! Dia sangat marah sebab lya tak makan nasi langsung hari ni. And dia nak tolong belikan makanan untuk lya if lya lapar. Err, sepanjang masa lya lapar. Hehe. What ever it is, thank you so much WN!


xoxo, L

April 21, 2012

Based On It

Sun, 22 April / 0100am

Assalamualaikum. Thanks for dropping by here. 'Based On It' is the continuous entry from my previous entry. Yes, entry yang bawah ni. So, kalau korang dah baca entry kat bawah ni, ada tak yang tertanya sama macam lya ? Maksud lya, kenapa dia bagi lagu ni ? Entry ni lya akan bagitau.

Around 10pm tadi lya try call si dia. But dia tak angkat. So ingat nak lupa kan jela. Konon nya ! Almost midnight baru dia call balik. Time tu ta kesah sangat sebab tengah ralit tengok tv. Then saja cover tanya pasal benda tak masuk akal. Dah habis cakap terus letak. Kira tak tanya la kenapa dia dedicate.

Few minutes later, lya text dia, tanya jugak kenapa dia suruh lya dengar lagu tu. Direct call balik ! Haha !

Tade salam, hello apa bagai, terus dia tanya kenapa tanya dia. Adoy ! Nak tau je pun. So dah pungpang bagai, dia pun cakap la yang kawan dia bagi lagu tu kat si girlfriend. Then WN ni pun bagi la lagu ni kat lya. Ntah dia bagi kat lya sorang or kat member-member dia yang lain, lya tak tau. Satgi kot tanya dia cakap apa pulak. Sebab lya cakap kat dia yang lya taken. Yeke la kot. Haha !

And yet dia cakap lagu tu untuk lya. Wee ~ senyum lebar sampai tak boleh senyum. One thing about him, he is such a sweet talker. But with me, he try to be matured more than he was. Seriously. Sebab tadi dia ingat lya merajuk dengan dia sebab terus end call without saying goodbye as usual. 
Ok then, till we meet again on my next entry. 
Amigos !~


xoxo, L

Menangis

Sat, 21April / 2020pm

Assalamualaikum. Serious tangan lya menggigil nak taip. Since lya ada kat tempat lain ni, ada orang dedicate kan lagu ni kat lya. Menangis la juga sekejap dengar lagu ni. Lirik yang tersangat menyentuh perasaan.

Pelengkap Hidupku
"Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu"

Lirik yang ada tu first verse. Setiap baris tu ada maksud tersendiri antara lya dengan orang yang dedicate 
lagu ni. Mr. WN ,  thank you so much for this song. Jujur, lya memang terdiam bila dengar lagu ni. 

Last 2days rasanya awak suruh lya dengar lagu ni while we are on the phone. Tapi lya tak tau tajuk. I just tough that it just end there when we end our conversation. Then I met you, suddenly you give your phone. When I read the song's title, my heart just not at the usual beat. I try to know what is the meaning of the song, but I heard nothing. There are too many sound around me. Then we try to bluetooth this song but your phone didn't connected with my phone. And you keep sing this song.

End up, I save the song's title in my head. When I'm home, open up my laptop and search. I'm so touched ! We are just friend ! But why you want me to listen to this song ?? I'm so confused. 

"Ya Allah, andai dia jodohku tetapkanlah cintaku kepadanya demiMu. 
Peliharalah hati kami. Amin."

xoxo, L

April 19, 2012

You Are Priceless

Fri, 0048am / 20April

Assalamualaikum Muslims and Hello all !
Its been too long I'm not updating my blog. Actually, it is not too long.. only 2 weeks..
But still, I miss blogging ! There's something that made me up for not blogging earlier on this month..
Now I'm here ! sharing my moment with you..

So ! Earlier on this April, which is on April 7th . My mum, aunts, uncles and cousins were going to Mecca. I've told you on the previous entry didn't I ? If not, I'm sorry. My bad. Around 9am we leaving to my aunts house nearby Bukit Jalil Stadium. After having breakfast, we were leaving  around 10am. Because my mum said that they have to be there on 11am. Yet we were arriving at KL International Airport on 10.45am. While waiting for others, we have some chitchat, photography session and so on.
*others picture will be not uploaded due to the haters.
this picture taken by my cousin while others were busy talking

Around 1.30pm, all of them has to check in and for their flight at the departure area. My mum text me on 2.40pm, and she said that they are on board. All I can say is, I really hope that my mum are save. When they are already check in, me and my cousins leave the airport and make our own way. At first we are about to go to some place that can all cousins spend our time. But we are directly going home. At night only my sister going out with them because I'm sleeping. too tired I guess.

When my mum are not around, I really feel lonely. Usually around 2pm my mum will coming home. At least I can talk with her. While Rocky, our cat, keep waiting my mum coming back from works in front of the door. Seriously, I know that Rocky missed my mum so much as my mum was the one who taking care of him and protect him if my siblings were bullying him. He is so annoyed but we love him !

And now, after 2 weeks my mum, aunts, uncles and cousins have done their Umrah, they will be coming home tomorrow. Hold on, if I'm not mistaken yes they will coming home tomorrow or maybe day after. Unfortunately, I not there when they are arrive. I'm in Perth right now. Seriously, I miss my mum so much !! Yes, I'm growing up with her. She is the only person I loved. I don't mind at all if she didn't buy anything for me as she told me earlier. I just want her to safely arrive. Not only her, my family members too. 

Dear Mama, I'm sorry if I am not being a great daughter. But I just want you to know that I really love you. You are so priceless. I don't mind if abah is not standing beside me on my important day. I don't mind if some people says that I'm not matured enough. I don't mind if people says that I only have you in my life. Although our Prophets also says that, "we must precede our mother, then our father." That is what I'm doing now. Because your loves are more valuable than others. Miss you so much.


xoxo, L

April 18, 2012

randoms [1]

 When I'm lost you will find me
 I want to be one of your shining star
 I want you to be my wave so that you can hit me when I did something wrong
 I want be beside you just like the beach and the sea
 I hope that one fine day I can make your life become more colourful
And we will live happily ever after without thinking what our haters feels


--> good morning everyone ! have a blast !

p/s : random situation in my head

xoxo, L

April 2, 2012

craving !

Salam Readers ! 
Okay, tadi lya tengah godek-godek gambar lama lya dalam lappy mama nie. Then, I found this picture !
Tiramisu cake ! 
Seriously, dah lama tak makan cake nie. Last, time wedding abang myra. 


Ok, sangat lama ! Sebab nya, tahun lepas punya cerita. HAMEK ! Mau dekat setahun tak makan cake nie. Kalau tak pun, 2bulan sekali kot ? Tapi kali ni dah lebih 2 bulan rasanya..
Ingat lagi dulu time sekolah menengah, tiap kali kalau ada extra class memang datang Secret Recipe then beli cake nie.. Uish ~ tak yah cakap la berapa kali makan cake nie zaman sekolah. 


p/s : NYc was awesome !

xoxo, L

April 1, 2012

Hello April !!

Sun, April 1 / 2202pm

Salam Readers !! Okay, finally dapat gak lya update entry kali ni. Dari tengah hari sampai lah ke malam asyik busy je. Bukan la busy kerja, tapi busy keluar. Dan tengok tv memanjang. Al-maklumlah, kat rumah sewa tuh tak ada tv. Mau ada tv, lya rasa lagi melambung bil elektrik. 

Ok, lya sekarang ada kat KL.. tapi lepas dua minggu je lya kena kerja kat Perth. Wah ! bukan main kan ? HAHAHA ! Maaflah kalau ada yang tertipu yee. Sebabnya lya tak boleh nak bagitahu kat sini. Nanti ada orang kata lya nak menyibuk hal dia pulak. So, daripada dia cakap lya ganggu dia, baik lya yang cakap dia tak ada life sebab tu dok ambil tau pasal lya lagi. Opss ~

So on this 1st April, I spend my time with my mum and my sister. I'm going to miss mama ! She's going to Mecca this Saturday. Only 6days left ! Oh ya, tadi spend time keluar pergi Carrefour jee ~ sebab mama kata nak beli digital camera. Camera yang ada dah rosak ! Tak kan nak kelek DSLR pergi sana kan ? Memang tak jadi buat umrah nanti.

Sampai je terus pergi makan kat JomBali. 
Nasi Goreng Belacan
Licin !
Sangat kenyang ! Sebab nasi dia banyak.. Buncit perut sekejap. Tengok gelas tuh ! Besar gilaa ! Tapi belum pergi lepak kat kedai Gelas Besar lagi. Uish, wa cakap lu.. Confirm tak habis ! Habis makan terus pusing-pusing dalam carrefour. Dari nak beli benda lain, terus tambah dengan benda lain. Well, normal la tu kan kalau dah datang tempat camni. 

Ok then, till we meet again on my next entry ! Ahaa ! Ada orang tiru ayat aku nih ! Aww ~ suka nya lya :)

baju merah seluar ungu
p/s : countdown time. going to miss you !

xoxo, L