March 30, 2012

End of Semester 5 !!

Fri, 30March / 2137pm

Assalamualaikum ! Tak jawab dosa, jawab sayang. *copycat dari Maria Elena. Haha ! 
So, hari ini hari terakhir lya bergelar student Accounting Part5 UiTM Lendu. Mostly known as London. Konon nak rasa hebat la belajar kat overseas. Nak pergi yang real punya, tak tercapai lagi. Doakan lya yee ! Aminn aminn..

Hari ini last paper. Member-member lain semua pakat balik rumah dah. Lya tak balik lagi sebab tak ada orang nak datang ambil. Mama ada camping. Kakak kerja. Kesian pula nak suruh dia datang ambil lya terus kat Melaka ni lepas balik kerja. Confirm la penat kan ? Although sejam setengah je dari rumah lya ke rumah sewa lya ni. But still, penat kot ?

Tapi tak kisah lah. sebab member lya ada paper lagi esok. Kira berteman la malam ni. Berpeluk-peluk lagi la malam ni. Tapi for sure dia tak layan lya la. Sebabnya esok dia ada paper yang sangat lya tak suka. Hafal !

Uish, seriously. Lya memang fail gila kalau ada subjek yang membaca ni. Boleh mengantuk oii ! Tapi bab baca novel cintan-cintun ni, tak ada pula lya nak mengantuk bagai. Pelik ? Tapi benar. Mungkin juga sebab subjek yang banyak fakta. And novel pula banyak auta. Make sense kan ?

Life as Part5 student ?
Hurmm. Not bad. Banyak juga yang lya belajar. I guess ?* Paling tak suka, 'Presentation' ! Lya sangat nervous ! Erti kata lain, tak ada bakat nak attract orang untuk pay attention apa yang lya present. But thanks to classmate, korang memang superb !

At the same time, lya rindu dengan budak-budak kelas lya yang original dari Part1. Satu tak sama kelas dengan korang, awkward ! Lain sangat ! Although kelas yang lya masuk tu sangat friendly, tapi korang happening. Even masuk kelas pun nak memekak. Ntah apa kes jadi before tu pun tak tau. Masuk siap tegur semua yang ada. Kes datang lambat tak yah cakap la kan ?

Kes rumah sewa ?
Tak yah cakap la. Tiap-tiap malam memang ada bergossip. Kutuk, mengumpat, mengata, bergurau, memekak, study group. Semua adaa ! Sampai satu tahap, jadi kes histeria. Kalau ada yang nak tau caner boleh jadi kes tu, korang godek-godek la ek old post lya. Tak silap lya, 'Awesome Thursday'. Dari niat untuk bersuka-ria, terus tidur beramai-ramai.

Celebrate birthday lah lagi. Siap bertepung berbedak telur air lagi. Dulu kes mandi beramai dalam bilik air. Ntah apa nak jadi la budak-budak rumah aku tu. Sangat happening ! Oh ya, tapi sekarang tak lagi la. Setiap rumah ada cerita-cerita sendiri. Kes lya ni, jadi a month before final exam. Apa jadi ? Tak kan la nak cerita kat blog ni kan ? Dah la ada stalker. Nanti ada yang cakap lya back-up diri. So, terpulang kepada individu nak cakap apa. Masing-masing ada mulut kan ? Teruskan bercerita.

Plan untuk cuti semester ? Oleh kerana kakak lya yang baik hati ni nak sangat lya kumpul duit. Dia pun dah dapatkan kerja untuk lya. Niat hati untuk buat short-course dah lama terkubur. Salah satu sebabnya tak ada duit lebih. Tak kan nak minta kat mama lagi kot ? Dah la mama nak pergi umrah.

Yes, umrah. Alhamdulillah, termakbul gak doa lya untuk mama jejak kaki kat Mekkah. Nak tunggu lya tanggung mama pergi sana pun, belum tentu sempat kan ? Sekarang ni pun tak habis-habis belajar lagi. Alhamdulillah juga sebab impian mama pun hampir terlaksana. Minta-minta semua nya berjalan dengan lancar.
Amin aminn ya rabbal alamin..

Back to kerja time cuti sem nanti. Ha, kakak mula-mula pergi cakap lya start cuti je terus kena pergi kerja. Erk ? Time tu memang bengang tahap maksima la. Sebabnya dah plan dengan MWTians nak hangout on my birthday. Bila ? Tunggu je la entry lya pasal birthday lya nanti ye ? And, for those yang dah tau, kira tak perlu lah nak mention kat sini kan ? Then lya decide lya akan kerja lepas lya keluar dengan BFF. Kerja kat mana ? For sure laa kat Perth kan ? Haha !

BFF ! Nak hadiah okay ? Ni kes paksa wajib ! Haha ! Tapi paling penting, lya nak korang freeeee se-freeeee nya time birthday lya. Sebabnya, hari sabtu confirm lah korang tak kerja kan ? Kalau kerja, please ? Minta cuti !! Again, kes paksa wajib. Sorry !

Ok then. That's all for my entry, I guess ? Seriously, lya tak tau nak cakap apa dah.

saja nak cakap yang aku rindu nak lepak kat laut. 


p/s: nak tengok 7PetalaCinta jap :)


xoxo, L

March 28, 2012

Kenapa Aku Suka Blog ?

Wed, 28 March / 2247pm

Salam Muslim !! And Hello for non-muslim ! Tak tahu la lya kalau ada foreigner yang singgah blog lya then baca entry ni. If ada, sangat berbangga ! Yela, bukan senang tau blog cikai ni orang bukan Malaysia nak singgah. Huhuhu. Bangga sekejap. 

So, bila lya update blog je, ada lah juga member-member tanya. "Best ke blogging ni?" 
Tapi apa yang lya boleh cakap, actually blogging ni semua orang yang boleh join. Maksud lya, ada yang private kan blog dia kaw-kaw punya ! Kira memang tak nak orang baca langsung laa..

Ada pulak yang untuk entertainment.. Ada juga untuk ceritakan apa yang jadi dengan life dorang.
So, masing-masing ada intention dorang sendiri..

Mula-mula memang lya blogging ni untuk private. Bajet sweet habis la konon nya apa yang jadi kat lya..
Blog = diari .. tapi tak lama lepas tu, blog ni untuk public..
Mungkin juga nanti untuk sesetengah orang je yang boleh singgah blog lya ni..
Tapi bergantung kepada keadaan juga la..

"Dah lama ke kau berblog ni?"
Haa.. soalan yang selalu orang tanya.. kalau korang tengok first post lya, tahun 2010..
Tapi lya dah ada dua blog sebelum ni.. kiranya yang ni yang ketiga la.. Bukan nak popular okay ?

Lya ni ada masalah banyak account + selalu tukar password.. So, bila dah tak ingat password
mula lah gedik buat lagi satu.. dan lagi... dan lagi.. tapi yang ni PERMANENT okay ?
Kalau korang search nama lya kat mana-mana, then ternampak muka yang ala-ala tak comel tapi 
maintain tak berubah tu, ignore eh ?

"Kenapa Suka Blog?"
Ntah ! Lya sendiri pun tatau kenapa lya suka blogging ni.. Mostly lya akan update blog kalau something happen kat lya.. But now, lya update blog ikut suka hati lya.. Post entry ikut apa lya fikir.. So, kalau ada yang nak judge blog lya bosan, ntah hape-hape.. Lya peduli apa ? Apa yang lya boleh cakap, "Ni blog lya ke blog korang ?" 

Mungkin ada yang terasa dengan apa yang lya tulis ni.. tapi masing-masing punya hak untuk bersuara.. 


xoxo, L

Wordless Wednesday [8]


xoxo, L

March 27, 2012

Minggu Terakhir

Tues, 27March / 2109

Salam Readers !
Ok, mingu ni minggu terakhir lya ada kat Melaka
And then, I'll end my part5 semester
Perghh... macam tak caya je yang lya dah nak part6
Perangai still gila-gila for sure ?
But only with my mwtians friends laaa
Melaka ? tolong sikit ! tak boleh masuk langsung !
Plastik, majority nya lah.. 
Sorry, lya kalau dah tak suka memang tak suka
Nak tunggu lya okay balik ngan orang camtu, take time laa

Alhamdulillah, mwtians friends memang superb !
Tak ada langsung orang yang perangai macam korang
Yang boleh wat perangai gila-gila in the middle of somewhere we hang out
Can't wait to see all of you this April !!
Please, spend your time to hang out
Although we've meet on Lysa 's wedding day
Serius, tak puas gila wehh !!


p/s : miss you more !

xoxo, L

March 25, 2012

Big Request !!

Sun, 25March 

Salam Readers !
Ok, lya malas nak cakap panjang-panjang
Japg nak sambung study balik sebab esok paper FAR
Which is , Account !! 
Dah terlanjur meng-online-kan diri nih
Ternampak la orang banyak dok post pasal Scha Alyahya & Awal Ashaari
Ingatkan member post pasal dorang sebab nak sakitkan hati lya
Sebab nya, lya sangatttt lah minat gilaaaaa kat Awal !
Grr... godek punya godek.. ni hah !!
Tengok apa Awal Ashaari bagi kat Scha Alyahya !!
Copy dari FB Scha 
Scha with the ring when Awal proposed her
Besar sangat !!
Seriously, lya nak teddy besar canier jugak !!
Yang kat rumah tak besar punn
The fact is, "JELOUS!"


--> cheh.. ingat kan dah post lama entry ni.. aigoo ~

p/s: can you give me teddy bear like Awal did to Scha ?

xoxo, L

March 23, 2012

out of mind !


Salam Stalkers !
Haa.. banyak betul stalkers aku sekarang nih
Dah naik pangkat masing-masing sekarang ni
Bagus laa.. kalau ada kerja part-time macam ni
Confirm merekalah orang pertama yang apply
Maaf lah kalau ada yang terasa yee
Seriously, aku sendiri tak faham la apa kena dengan kau
Kali pertama tuduh, masuk akal la jugak
Kali kedua tuduh dah la ngan tension tak dapat balik
Kali ketiga, unacceptable

Kau nak marah aku sebab aku kutuk kau kat social network ?
Ada aku mention nama kau ?
Nak tanya apa tak puas hati ngan kau?
Dah lambat, sebab aku dah cukup banyak makan hati
Nak cakap aku apa ? bacul ?
Kau tu ? tak puas hati sesama sendiri tapi HYPOCRITE !
Sebab aku bukan macam kau la aku keluar
Dari cakap nak pindah, tapi tak pindah-pindah

Ok, dah malas nak cerita pasal kau


p/s: seminggu yang lepas ada stalker dari KANGAR, Perlis.. macam tau je sapa.. HAHA! apa lah masalah kau ni..

xoxo, L

March 13, 2012

insomnia me !

Wed, March 14 / 0555am
Seriously !! I can't sleep !!
This is the reason
I don't know why I can't sleep.. I keep on turning from left to right.. From right to left.. And so on.. Plus with the phone keep on ringing with the message tone.. My sister text me.. She also can't sleep.. My old friend text me.. My house-mates listening to music , also I asked her to so that I cansleep.. But then, I still can't sleep..  Oh my ! Why now ?? I've to study for whole day today !! I have 4 days left until my next paper.. Which is, LAW !! And now, Azan Subuh.. Ya Allah, give me some strength.. Aminn..


p/s : pray for me readers !!

xoxo, L 

#10 quote



-->nia, kau ingat lagi cerita bodoh kita waktu ponteng kelas ? kau, aku & alea ;)

xoxo, L

March 12, 2012

Final Part 5 - 1down, 4 more !

Mon, March 12 / 1551pm

Salam Readers !
Lya baru je habis jawab paper pagi tadi !
Takan la lepas paper terus nak update kan ?
So, tadi paper MAF320, which is Costing & Management
Serious soalan dia sangat senang !
Tapi untuk target tinggi-tinggi tu tak la
Takut gak kalau lya salah buat or salah formula untuk soalan tu
Hopefully betul lah.. sebab dah tak larat nak study banyak-banyak kali
What I mean is, nak cepat habis then baru fikir yang lain-lain
"Lain-lain ? Maksudnya ?"
Kerja lah oii ! Takan nak hadap duit mama je.. 
Kakak ngan abang pun dah kerja..
Turn lya je belum.. al-maklumlah.. 
Hok kecik ~ "kecik ke ?"
Ish,  mengarut tak sudah la pulak
Oh ya, baru sedar title entry lya
Oleh kerena tadi dah jawab 1 paper final exam
I have to face another 4 subject paper

trabajo Lya!

xoxo, L

March 11, 2012

The War has began !!

Mon, 12 March / 0005am

Salam Readers ! 
I don't have much time to type
I just drop by to let you know that my war has began
What type of war ? My education war !
So I'm no going to updated my blog for this month
I'm going to focus on my study
Till we meet again next month, I guess ?
Keep waiting okay ?
Say out loud, " Good Luck Lya ! "


xoxo, L

March 9, 2012

#5

Sat, March 10 / 0016am

Salam Readers !!
Alarm handphone aku bru je lepas bunyi
It just blow up and show me, "1year 5months 23days"
Suddenly I feeling like to crying
Its been a while since I never think bout him
I though I've delete all the related thing bout him
But I've overlooked !

Ya Allah, kau tenangkanlah hatiku.. Jauhkanlah aku dari sebarang musibah.. Kuatkanlah diriku untuk menempuhi segala dugaanMu.. Aminn..



xoxo, L

#4

sejujurnya aku rindu kau ! dah lama aku tak jumpa kau ! kenapa kau call aku ? lain kali, call aku time hari jadi aku boleh ? ergh ~ apa-apa hal pun aku harap kau simpan barang tu baik-baik taw ! kalau aku balik kampung nanti aku jumpa kau ye ! tu pun kalau sempat.. jaga diri elok-elok okay panda ? ;)


xoxo, L

March 7, 2012

Memories

Wed, March 7 / 2045pm
Salam Readers !
Again on my next entry !
Memories ! Actually ni a part of memories lya jugak la
Korang pernah tak tengok cerita 'Journey to the West' ?
Tak ingat cerita tapi macam pernah dengar tajuk ?
Tak tau tajuk tapi tau jalan cerita ?
Tak kisah la mana-mana pun
Ni ha gambar cerita nyaa..

Ha.. sekarang dah familiar ?
Hee.. yap ! cerita ni ada cik ba..
Ade monyet..
Yang lain-lain lya tak ingat
But seriously, dulu time balik sekolah je lya terus dok depan tv
Then layan cerita ni.. sanggup tu !
Haha ! ok lah.. lya nak layan cerita nih satt
Yap ! sekarang !

Those yang nak layan cerita nih balik or baru nak layan
Watch it on channel 8, Every Wednesday, 2030-2130pm ;)


p/s: miss my old times ! 

xoxo, L

March 6, 2012

Korean Time !

Wed, March 7 / 1345pm

Salam Readers !
Okay seriously, lya memang hantu cerita korea !
Walaupun kadang-kadang tak kenal actor/actress dorang
But, seriously ! sejak duk rumah nie, lya dah addict balik ngan korean drama
Lya pun tak tau lah sejak bila lya minat cerita korea
Maybe dah berjangkit dari abang la nie kot
Dia yang ajak lya tengok cerita korea
Ntah apa kes, lya pun join je la
1st korean drama yang lya tengok 'Princess Hour'
That was best sweet korean drama !
Oleh kerena lya dah nak balik Lendu
I'm going to miss next korean drama
Which is, 'Secret Garden'
Ni scene hari.. baru je lepas tengok ni haa


xoxo, L

Wordless Wednesday [7]


clothes by, Hanina Safar
Do add her on FB, Hanina Safar


p/s: this picture was taken last year if i'm not mistaken.

xoxo, L

*sepintas lalu [6]

Tue, March 6 / 2212pm

Salam Readers !
Okay, again sepintas lalu
Sebab lya guna lappy kakak
Tak nak cerita panjang lah kan
Tadi baru lepas tengok Vanila Coklat
Sangat sweet cerita tuh
Tapi ada part-part yang boleh dikatakan memang ada dalam dunia nie
Such as, ayat yang dorang cakap
"Dah la rampas milik orang, bekas orang pulak tu. tak malu !"
Serious lya memang agak tersentap gak la
Macam nak kena kan orang pun ada
Tapi tolak tepi lah..
Malas nak amek port dah
So, tu je yang lya nak cakap
Time's up !
Till we meet again !


xoxo, L

March 4, 2012

Lysa's Wedding [3]

Sun, March 4 / 2208pm
Salam Readers !
Again, yes, "Lysa's Wedding"
But entry is about her wedding ceremony
Known as 'Hari Persandingan' for Malay
Just enjoy those picture because I'm so damn exhausted today

Sebab tak dapat amek gambar kat pelamin,
Dalam bilik pengantin pun aku terjah.. HAHA !
Sementara pengantin tukar baju
Ni la gelagat yang tak dapat di kawal bila dah berjumpa
Opss.. mula dengan gambar lya dulu yee..
nia
jehan
diqa
aine
mas
syina
killa
ain

miza
nana
sue
haza
Tadaa ! Dorang dah tukar baju untuk potong kek pulak
Outdoor photoshoot !
Eherm, tapi kan.. gambar candid lysa & kikey je laa..

"Cinta sampai Syurga"


xoxo, L

March 3, 2012

Lysa's Wedding [2]

Sun, March 4 / 0200am
Salam Readers !
So, as you can see my title
"Lysa's Wedding [2]" , kali ni nak cerita malam tadi punya event
Erk, not exactly telling, but typing
Malam tadi, 'Malam Berinai'
And, enjoy those picture okay ?

This is their wedding outfits
turquoise
green. traditional
purple
Nie pelamin dorang, CANTIK !
Ni gambar lya, arina & ain dengan pengantin
Tapi lya tade gambar beramai-ramai untuk 1st outfit dorang
Ada dalam camera arina and others photographer

Lya, Arina & Ain
Sebelum balik,
Picture that I love most !
sangat sempoi pengantin bagi peace


p/s : May Allah bless your marriage sayang !

xoxo, L