March 30, 2012

End of Semester 5 !!

Fri, 30March / 2137pm

Assalamualaikum ! Tak jawab dosa, jawab sayang. *copycat dari Maria Elena. Haha ! 
So, hari ini hari terakhir lya bergelar student Accounting Part5 UiTM Lendu. Mostly known as London. Konon nak rasa hebat la belajar kat overseas. Nak pergi yang real punya, tak tercapai lagi. Doakan lya yee ! Aminn aminn..

Hari ini last paper. Member-member lain semua pakat balik rumah dah. Lya tak balik lagi sebab tak ada orang nak datang ambil. Mama ada camping. Kakak kerja. Kesian pula nak suruh dia datang ambil lya terus kat Melaka ni lepas balik kerja. Confirm la penat kan ? Although sejam setengah je dari rumah lya ke rumah sewa lya ni. But still, penat kot ?

Tapi tak kisah lah. sebab member lya ada paper lagi esok. Kira berteman la malam ni. Berpeluk-peluk lagi la malam ni. Tapi for sure dia tak layan lya la. Sebabnya esok dia ada paper yang sangat lya tak suka. Hafal !

Uish, seriously. Lya memang fail gila kalau ada subjek yang membaca ni. Boleh mengantuk oii ! Tapi bab baca novel cintan-cintun ni, tak ada pula lya nak mengantuk bagai. Pelik ? Tapi benar. Mungkin juga sebab subjek yang banyak fakta. And novel pula banyak auta. Make sense kan ?

Life as Part5 student ?
Hurmm. Not bad. Banyak juga yang lya belajar. I guess ?* Paling tak suka, 'Presentation' ! Lya sangat nervous ! Erti kata lain, tak ada bakat nak attract orang untuk pay attention apa yang lya present. But thanks to classmate, korang memang superb !

At the same time, lya rindu dengan budak-budak kelas lya yang original dari Part1. Satu tak sama kelas dengan korang, awkward ! Lain sangat ! Although kelas yang lya masuk tu sangat friendly, tapi korang happening. Even masuk kelas pun nak memekak. Ntah apa kes jadi before tu pun tak tau. Masuk siap tegur semua yang ada. Kes datang lambat tak yah cakap la kan ?

Kes rumah sewa ?
Tak yah cakap la. Tiap-tiap malam memang ada bergossip. Kutuk, mengumpat, mengata, bergurau, memekak, study group. Semua adaa ! Sampai satu tahap, jadi kes histeria. Kalau ada yang nak tau caner boleh jadi kes tu, korang godek-godek la ek old post lya. Tak silap lya, 'Awesome Thursday'. Dari niat untuk bersuka-ria, terus tidur beramai-ramai.

Celebrate birthday lah lagi. Siap bertepung berbedak telur air lagi. Dulu kes mandi beramai dalam bilik air. Ntah apa nak jadi la budak-budak rumah aku tu. Sangat happening ! Oh ya, tapi sekarang tak lagi la. Setiap rumah ada cerita-cerita sendiri. Kes lya ni, jadi a month before final exam. Apa jadi ? Tak kan la nak cerita kat blog ni kan ? Dah la ada stalker. Nanti ada yang cakap lya back-up diri. So, terpulang kepada individu nak cakap apa. Masing-masing ada mulut kan ? Teruskan bercerita.

Plan untuk cuti semester ? Oleh kerana kakak lya yang baik hati ni nak sangat lya kumpul duit. Dia pun dah dapatkan kerja untuk lya. Niat hati untuk buat short-course dah lama terkubur. Salah satu sebabnya tak ada duit lebih. Tak kan nak minta kat mama lagi kot ? Dah la mama nak pergi umrah.

Yes, umrah. Alhamdulillah, termakbul gak doa lya untuk mama jejak kaki kat Mekkah. Nak tunggu lya tanggung mama pergi sana pun, belum tentu sempat kan ? Sekarang ni pun tak habis-habis belajar lagi. Alhamdulillah juga sebab impian mama pun hampir terlaksana. Minta-minta semua nya berjalan dengan lancar.
Amin aminn ya rabbal alamin..

Back to kerja time cuti sem nanti. Ha, kakak mula-mula pergi cakap lya start cuti je terus kena pergi kerja. Erk ? Time tu memang bengang tahap maksima la. Sebabnya dah plan dengan MWTians nak hangout on my birthday. Bila ? Tunggu je la entry lya pasal birthday lya nanti ye ? And, for those yang dah tau, kira tak perlu lah nak mention kat sini kan ? Then lya decide lya akan kerja lepas lya keluar dengan BFF. Kerja kat mana ? For sure laa kat Perth kan ? Haha !

BFF ! Nak hadiah okay ? Ni kes paksa wajib ! Haha ! Tapi paling penting, lya nak korang freeeee se-freeeee nya time birthday lya. Sebabnya, hari sabtu confirm lah korang tak kerja kan ? Kalau kerja, please ? Minta cuti !! Again, kes paksa wajib. Sorry !

Ok then. That's all for my entry, I guess ? Seriously, lya tak tau nak cakap apa dah.

saja nak cakap yang aku rindu nak lepak kat laut. 


p/s: nak tengok 7PetalaCinta jap :)


xoxo, L

No comments: